Wednesday, 3 February 2016

House Of Allah

21 September 2015 – Sekali lagi breakfast di 7eleven. Then, kami berjalan mencari backpackers dorm. So, kami pilih utk stay 2 night di Melbourne Connection Centre. Nampak ja tilam terus black out dua-dua org.haha.


Sebelah petangnya kami terus ke misi kami yg pertama, mencari rumah Allah iaitu CIC Mosque. MasyaAllah Tuhan nak tolong kami rupanya masjid pertama ni dekat sgt dengan tempat kami stay. Selepas  jumaah maghrib & isyak di masjid kami berjalan ke Yarra River & rest.


CIC Mosque ini juga berfungsi sebagai muslim centre di Melbourne City.


22 September 2015 – Selepas solat subuh jumaah di Masjid kami jogging ke  Yarra River. Aktiviti hari ini ialah city tour. Kami menggunakan tram untuk round city sbb free ja, dah jimat disitu boh.haha. Antara tempat yg sempat kami melawat Parliament House, China Town, Eureca Tower, Art Museum & kami lunch di Nelayan Restaurant (Restoran Indonesia). Alahamdulillah Halal restoran di Melbourne City jgn dok risau, sangat banyak. Then petang kami teruskan misi seterusnya to find House of Allah. Maha Besar Allah, kami pon jumpa Mecca Mosque. Selepas solat asar kami balik ke backpackers & rest.


Yarra River.



Mecca Mosque.
"redha dgn setiap ketentuan Ilahi"


23 September 2015 – Pepagi lagi dh pack barang, breakfast & check out. Then kami berjalan ke Southern Cross Station untuk naik train ke Brunswick. Sampai ja Brunswick Station kami terus berjalan untuk mencari rumah Allah. OTW kami jumpa Egyption kerja di Shawarma restaurant, Masyaallah peramah sgt. So, Egyption ni yg kenalkan kami dgn student Malaysia. Brunswick area memang byk student Malaysia & majority local muslim. So, kami sambung berjalan sampailah jumpa Cobough Mosque. MasyaAllah masjid ni sgt cantik dan besar. Selepas solat maghrib jumaah kami mintak izin utk stay di masjid semalam sbb hari dah mlm utk bergerak ke tempat lain. Alhamdulillah local di kawasan masjid ni sgt baik. Sebak jgk la aku dgn Mr.Funny sbb ramai yg nak tolong bantu kami. Semoga Tuhan memberkati mereka, InsyaAllah.


Cobough Mosque.  
"sentiasa berfikiran positif dengan setiap ujian yg Allah berikan kpd kita"

Monday, 1 February 2016

SUBHANALLAH...

So, kami decided 18 september 2015 adalah tarikh keramat untuk fly dr KL ke Melbourne. Persediaan pon dh tip top cun melecun berangkatlah kami ke KLIA. Nak dipendekkan cerita visa aku problem sbbnya aku buat passport baru lupa apply visa baru. Terpaksa la delay flight ke 20 september 2015. Frust teramat sgt time tu. Tapi aku yakin bila Tuhan uji kita itu tanda Dia syg kat kita. Tuhan nak tengok tahap mana kesabaran kita. We have many plan, but Allah is the best plan.

Alhamdulillah...20 September flight kami pukul 1.40 PM ke Melbourne. So, selama 7 jam atas flight jadi patung sat. Mr.Funny pon dok jauh dr seat aku, tak dak bahan la nak gelak.

Kami sampai Melbourne International Airport pukul 11.45 PM (aussie time). Then dr airport kami ambil Sky Bus ke Southern Cross Station (Melbourne City) selama 30 minit shj. Lepak layan Maggi Cup dgn milo panas dlu dekat 7 Eleven.  Then kami ditegur sorng brother ni org Malaysia, umur dia dlm awal 30 tahun. Rupanya dia travel dgn isteri dia setahun dah di Aussie. Buat kerja ladang pon dah mcm2. Dia over night kat city mlm tu sbb esoknya dia nk fly ke Queenland. Nak try ladang sayur plak katanya. Kami pon ambil number dia mana la tahu kot2 ada job kosong.



Menunggu Mr.Funny di luar Melbourne International Airport.


Sempat ronda2 kejap mlm tu tgk dorm backpackers yg murah2. Tp, kami nk check in pon dh lewat sgt time tu, mcm rugi plak. So, pikir p pikir mai kami tido ja kat waiting room Southern Cross Station tu. Ramai yg tido dekat situ, yg flight delay la, yg tunggu train awal esok la, homeless pon ada, kami plak tak tahu la kategori yg mana satu..haha.Janji ada tempat nak berehat, Alhamdulillah..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah...

Akhirnya Tuhan bg kesempatan juga utk aku cerita dan kongsikan kisah aku di Australia selama 2 bulan 14 hari. Mesti tertanya-tanya kenapa aku pilih Australia sbg destinasi travel aku. Mesti ada sebab punya, kalau tak dak sebab, tak dak pasai aku nak p merempat sana sampai 2 bulan 14 hari. 

So, aku travel ke sana 2 org shj bersama sahabat baik aku Funny, tak aku tak tipu nama dia memang mcm ni. Nak tahu org dia mcm mana mcm nama dia la, lawak nak mampuih, haha...



Kan aku dah ckp dia ni lawak, org tangkap gambar buka mata, dia p tutup mata.haish, funny, funny..haha..


Setelah beberapa bulan decided dgn Mr.Funny nk ke Australia, kami memilih Melbourne krn dekat sana ramai org Islam. Aku pon pikir balik ok jgk, senang nk cr masjid dan makanan halal. Sebelum ni aku travel ke byk tempat aku tak pernah plak terfikir nak pergi perkampungan org Islam. So, utk trip kali ni aku cuba ubah cara aku travel. Trip kali ni lebih kepada 'The way to the House of Allah'. InsyaAllah kalau kita mencari benda yg baik, mesti kebaikan akan follow kita.